if( function_exists('the_ad_placement') ) { the_ad_placement('adsense3'); } Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Menuju kelas dunia – Cikgu Zahran
ISU PENDIDIKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Menuju kelas dunia

ransformasi pendidikan lahir pelajar penuhi keperluan abad ke-21Kuala Lumpur: Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan negara untuk melonjakkan pencapaian memenuhi aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran diperlukan pada abad ke-21. Katanya, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyediakan kerangka pembangunan menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025. “Dalam usaha mencapai aspirasi tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai,” katanya dalam prakata pelan pendidikan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.Najib berkata, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah kakitangan dan kemudahan, malah menjurus kepada usaha memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.Perubahan besarKatanya, bersandarkan inisiatif diperkenalkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan itu menggariskan perubahan besar yang dihasratkan. Najib berkata, pelan itu dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui dan walaupun semua matlamat itu melambangkan cita-cita yang tinggi, namun beliau yakin ia mampu dicapai. Matlamat itu, menurut Najib, termasuk memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain mengurangkan jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dan luar bandar serta antara negeri dalam tempoh yang sama. “Hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang serta teliti dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid,” katanya.Mengakui bukan mudah melaksanakan transformasi sistem pendidikan, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan, Kementerian Pendidikan dan beliau sendiri komited untuk mencapai semua matlamat dan aspirasi yang digariskan. – BERNAMAPosted by admin at 9:31 AMNo comments:  Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Guru kahwin boleh pindah ikut suami

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan bersedia mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan. 
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, memberitahu Dewan Rakyat semalam, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas. Beri sokongan

“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya. 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang sudah berkahwin. 
“Ini atas dasar kemanusiaan… tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top