if( function_exists('the_ad_placement') ) { the_ad_placement('adsense3'); } Hgh Order Thinking Skills (HOTS) – Cikgu Zahran
DUNIA GURU

Hgh Order Thinking Skills (HOTS)

Kemahiran berfikir merupakan elemen yang terpenting di dalam dunia pendidikan.George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Peranan guru ialah menghasilkan generasi yang mempunyai daya fikir yang tinggi seterusnya menghasilkan manusia yang berdaya maju.Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT (sebutannya berbunyi K-BAT) merupakan gaya berfikir menggunakan kaedah High Order Thinking Skills atau HOTS yang dipelopori oleh Onosko dan Newmann (1994) mendefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi. HOTS merupakan salah satu elemen di dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis-KBKK. 
Kemahiran ini membuka peluang kepada pelajar untuk menganalisis dan mencari penyelesaian secara kreatif.

Bagi merangsang pemikiran pelajar supaya boleh mencapai sehingga ke tahap tinggi, guru perlu menyoal murid dengan menggunakan kaedah dan tujuan yang spesifik. Antara tujuan menyoal ialah melihat daya pemikiran pelajar, menimbulkan minat serta merangsang pemikiran yang kritikal. Soalan boleh berbentuk provokasi tetapi mesti ringkas dan bermatlamat.
Pembentukan kumpulan mampu menjana pemikiran kreatif beraras tinggi daripada pelajar. Guru mesti menggunakan kepelbagaian kaedah yang sesuai agar dapat merangsang neuron-neuron pelajar agar dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan lojik dan melangkaui kotak pemikiran biasa. Teknik pengajaran secara langsung boleh diaplikasikan dan juga bantuan komputer untuk merencanakan rangsangan rangsangan yang bersesuai supaya pelajar dapat menghasilkan jawapan yang berstandard tinggi. Guru juga perlu menggunakan komunikasi yang jelas dan menggunakan bahan bantuan sekiranya perlu.
Langkah Kementerian memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i-think perlu dimanfaatkan secara serius. Ini kerana untuk melahirkan pelajar yang berfikir di aras tinggi, guru juga perlu melakukan anjakan paradigma dan bukan lagi mengajar secara berpusatkan guru serta berorientasikan peperiksaan. Pengenalan Kurikulum Standard  merupakan salah satu agenda kerajaan untuk melahirkan insan yang berfikiran melangkaui aras biasa. Antara peranan guru ialah memastikan setiap pelajar mempunyai peranan masing masing ketika PdP serta sentiasa membuka peluang kepada murid untuk bertanya dan menyoal secara kreatif. Guru juga perlu menggunakan pelbagai strategi untuk menarik minat pelajar agar sentiasa memainkan peranan yang jelas di dalam kelas. Usaha yang berterusan akan menjadikan matlamat utama pendidikan melahirkan modal insan yang berfikiran tinggi dapat direalisasikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top