if( function_exists('the_ad_placement') ) { the_ad_placement('adsense3'); } GURU PUNCA MURID PONTENG? – Cikgu Zahran
ISU PENDIDIKAN

GURU PUNCA MURID PONTENG?

Riuh rendah diperkatakan. Apabila pakar pendidikan mengeluarkan kajian yang saya tidak pasti siapakah responden yang terlibat. Bukan niat saya mahu menyanggah dapatan kajian beliau. Cuma sebagai pendidik, kita wajar mencari punca permasalahn berasaskan dapatan yang konkrit. Mungkin juga media sekadar mensensasikan berita untuk melariskan cerita. Jika kesalahan berpunca daripada guru, tajuk berita akan diletakkan di muka depan dengan pelbagai tajuk yang panas.
“Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.”Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih terjamin,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130920/dn_19/Guru-punca-pelajar-ponteng#ixzz2gEqp6DcG© Utusan Melayu (M) Bhd 
Terlalu bias dan berat sebelah penyataan yang dikeluarkan. Jika pelajar universiti ponteng kuliah dan tutorial, wajarkah umum menyalahkan pensayarah kerana tidak pandai mengajar? atau boleh kita mengatakan pensyarah mengajar sambil lewa sebab pekerjaan pensyarah sudah terjamin?

Beza antara pensyarah dan guru ialah pensyarah boleh mengugut pelajar supaya hadir ke kuliah jika mahu masuk peperiksaan akhir kerana terdapat ugutan jika pelajar tidak hadir kurang daripada 80 peratus maka pelajar tidak layak masuk peperiksaan akhir walaupun pengajaran pensyarah tersebut tunggang langgang dan tidak menarik langsung. Namun begitu guru hanya mampu mengeluarkan surat amaran 1,2 dan 3 jika murid ponteng. Sekiranya melebihi hari yang ditetapkan, guru tidak wajar mengambil apa jua tindakan kerana semua tindakan disiplin kerana wujud pekeliling yang tidak membenarkan tindakan tertentu. Jika pelajar terbabit diambil tindakan keras maka pihak pentadbir perlu bersedia menerima tindakan pula dari ibu bapa.

Gejala ponteng sekolah bukan perkara baru. Pelbagai kajian dilakukan untuk mencari punca yang menyebabkan gejala ini berleluasa. Meletakkan kesalahan terhadap guru adalah sesuatu yang serius. Jika ini benar maka satu rombakan besar perlu dilakukan terhadap bidang perguruan, Tuduhan ini bukan main-main. Ia menjejaskan kredibiliti guru yang kini menjadi bahan sindiran masyarakat. Saya mengambil satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Malaysia yang boleh anda baca di link berikuthttp://eprints.utm.my/3961/2/AziziYahaya_ponteng.pdf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top